Pengurus stesen minyak disamun dekat R&R Nilai
Karangan SPM 22: Gejala Antisosial Dalam Kalangan Pelajar.
Karangan SPM 21: Minat Membaca Dalam Kalangan Kanak-kanak?
Karangan PMR 18: Akibat Merokok
Tajuk:?
Tulis sebuah karangan yang bertajuk akibat merokok.
Contoh Karangan:
Kerajaan telah kerap kali menaikkan harga rokok dengan harapan agar bilangan perokok di Malaysia akan berkurangan. Namun begitu, kenaikkan harga bukan sahaja tidak berjaya untuk mengurangkan bilangan perokok malahan bilangan perokok telah semakin meningkat. Sedarkah mereka akan akibat yang bakal menimpa kepada diri perokok dan juga keluarga mereka yang tersayang?
Nikotin merupakan sejenis bahan yang boleh dijumpai dalam rokok. Nikotin akan menyebabkan perokok ketagih untuk merokok. Ketagihan ini akan menyebabkan si perokok menghisap rokok dengan lebih kerap lagi. Sebagai contoh, perokok mungkin akan hanya menghisap dua batang rokok sehari tetapi setelah satu minggu merokok, perokok itu mungkin merokok lebih daripada lima batang sehari.
Merokok juga akan membawakan banyak masalah kesihatan yang serius dan berpanjangan seperti kanser hidung, penyakit jantung, dan kanser paru-paru. Apabila si perokok menghidap penyakit tersebut, bukan sahaja mereka harus membayar kos perubatan yang tinggi tetapi mereka juga akan ?menyusahkan ahli keluarga mereka untuk menjaga mereka.
Asap-asap rokok yang dihembuskan oleh perokok merupakan ancaman kepada mereka yang berada di sekeliling perokok. Mereka yang terhisap asap rokok dikenali sebagai perokok pasif. Perokok pasif adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan perokok aktif terutamanya jika perokok pasif itu adalah kanak-kanak.
Merokok itu membawa padah. Merokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan diri sendiri tetapi juga mereka yang berada di sekeliling anda. Cegahlah diri anda daripada rokok.
Ditulis oleh: Sueki?
Penyalahgunaan Dadah
Punca Dan Kesan Pembalakan Haram Serta Kepentingan Hutan.
Hutan merupakan satu komuniti untuk hidupan liar iaitu untuk pokok-pokok besar serta haiwan liar. Hutan juga boleh diperkenalkan sebagai tempet tinggal ataupun habitat hidupan liar. Hutan berperanan penting kepada manusia kerana ia membekalkan sumber bahan mentah dan ia juga merupakan penyumbang kepada sosioekonomi dan kestabilan ekologi kepelbagaian hayat sesebuah negara.
Karangan SPM 20: Impak Industri terhadap Malaysia.
Tajuk: Sektor perindustrian sudah menjadi satu nadi ekonomi yang penting kepada negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Penubuhan beberapa kawasan perindustrian telah membuktikan bahawa sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Namun, sudah ada beberapa pihak yang menganggap sektor ini membawa pelbagai impak negatif kepada masyarakat kita.
Jelaskan impak-impak negatif yang berlaku itu.
Karangan PMR 17: Kegiatan Korikulum Merapatkan Hubungan Pelajar Dan Guru.
Tajuk:
Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.
Huraikan pernyataan di atas.
Contoh Jawapan:
Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.
Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini.
Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua, disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu.
Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan sedar kelebihan masing-masing pula.
Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua “bagai aur dengan tebing” yang membuktikan bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah.













Kepada semua pelajar yang akan menyambut Tahun Baru Cina, etuisyen.com mengucap Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada anda semua.
















